Malay to English: Economic article | |
Source text - Malay -Dasar Fiskal-
Dengan tinjauan ekonomi dunia yang lebih baik dan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh,Bajet 2004 telah digubal untuk menjana aliran pelaburan swasta yang lebih kukuh dan
mengembalikan sektor ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi.
Tumpuan dasar fiscal adalah ke arah penambahbaikan kedudukan kewangan Kerajaan serta penumpuan kepada
pengukuhan asas ekonomi makro bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang berterusan.
Pada keseluruhan tahun, pelaburanswasta dijangka meningkat semula 14.8%,membolehkan sektor swasta meneruskan peranannya sebagai pemacu utama pertumbuhan.
Lantaran itu, Kerajaan mengambil peluang untuk memantapkan kedudukan kewangannya dengan mengambil langkah dasar fiskal yang ketat dengan mengurangkan defisit secara beransur dan
memastikan momentum pertumbuhan tidak tergugat. Langkah konsolidasi yang diambil termasuklah mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil di samping mengoptimumkan penggunaan sumber dan kapasiti sedia ada. Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
dijangka meningkat sedikit iaitu 7.1% dengan belanja mengurus bertambah 21.7%.
Sebaliknya, perbelanjaan pembangunan akan berkurangan 20.9%. Seterusnya, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan menguncup kepada 4.5% daripada KDNK dalam 2004, lebih rendah satu
mata peratusan daripada tahun lepas. Bagi belanja mengurus, sebahagian besar adalah untuk bekalan dan perkhidmatan termasuk penyelenggaraan dan pembaikan.
Kerajaan memberi penekanan supaya dipanjangkan jangka hayat ekonomi aset fizikal dan memperbaiki lagi
suasana kerja. Dari segi bajet pembangunan, kadar penggunaan peruntukan RM160 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) adalah tinggi dalam tempoh tiga tahun pertama rancangan, berikutan langkah pro-pertumbuhan dan penstabilan yang diambil untuk mengekang
tekanan kemelesetan akibat ketidaktentuan persekitaran luar.
| Translation - English -Fiscal Policy-
With the improving outlook on the world economy and domestic demand being more stable, the 2004 Budget has been drafted to generate a more stable private investment flow and to revive the sector as the engine of economic growth.
The focus of the fiscal policy is towards improving the financial position of the Government as well as focuses on stabilizing the basic macroeconomy to ensure a continuous long-term growth.
Throughout the year, private investment was expected to increase to 14.8%, allowing private sectors to continue to play its role as the main steer of growth.
As such, the Government takes the opportunity to stabilize the financial position by taking tight fiscal policy measures through reducing deficits gradually and ensuring the momentum of growth is not wavered. Consolidation steps taken includes controlling expenditure and increasing production besides optimizing the utilization of resources and the existing capacity. The total expenditure of the Federal Government is expected to increase slightly, that is by 7.1% with management expenditure increases by 21.7%.
On the other hand, development expenditure will reduce by 20.9%. Following, the deficit fiscal of the Federal Government will shrink to 4.5% from the Gross Domestic Product in 2004, lower by one percent from last year. For management expenditure, a large portion is for supplies and services including maintenances and repairs.
The government gives emphasis to lengthen the economic life of physical assets and to revamp workplace condition. From the aspect of development budget, the utilization rate of the allocated RM160 billion under the Eight Malaysia Plan (RMKe-8) is high in the first three years, following to the pro-growth and stabilization steps taken to curb economic depression resulting from uncertain external environment.
|